almalakawi62
| Forum role | Member since | Last activity | Topics created | Replies created |
|---|---|---|---|---|
| Member | Jul 19, 2018 (8 years) |
5 years | 1 | 1 |
- Forum role
- Member
- Member since
Jul 19, 2018 (8 years)
- Last activity
- 5 years
- Topics created
- 1
- Replies created
- 1
Bio
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الإسلام سيدنا محمد وآله وأصحابه الكرام
Mohammad Elias b Abdul Jalil
Mohammad Elias b Abdul Jalil
Segala puji tertentu bagi الله tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad, keluarga, dan sahabatnya yang mulia.
Semoga dengan wujudnya blog ini dapat memantapkan lagi ilmu pembaca yang ingin mendapat manfaat darinya.
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Saya Mohammad Elias b Abdul Jalil dilahirkan di Kampung Air Molek Melaka. Saya mendapat pendidikan hingga tingkatan lima kemudian saya bekerja di banyak tempat. Akhirnya saya menyambung pengajian di pondok, bermula dengan Pondok Pasir Tumbuh, selain itu saya juga telah melanjutkan pelajaran di beberapa buah pondok yang lain iaitu pondok Ribatul Islamiah Parit Perupuk Muar Johor, Pondok Kerandang Besut Terengganu, Pondok Dala Pattani di Tailand dan akhirnya saya kembali ke Pondok Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan, Sekarang ini saya menjadi tenaga pengajar di Pondok Pasir Tumbuh.
Blog ini dinamakn Al-Malakawi kerana sya berasal dari negeri Melaka, menurut tata bahasa arab apabila sesaorang dibangsakan kepada negerinya maka ditambah ياء nisbah diakhir perkataan. Asala perkataan Malaka ialah لقي يلقي لقاء yang diambil isim makan (kata nama tempat) iaitu ملقي (malqa) tempat bertemu, oleh kerana lidah melayu diubah ق kepada ك jadilah ملاك sepatutnya blog ini namanya الملقوي .
Peringatan: hukum fekah yang saya bentangkan di sini adalah berpandukan Mazhab Syafie, sementara tauhid berpandukan Asyari dan Maturidi. Sekiranya saya bawa pendapat yang lain saya akan beritahu.
Menjadi tanggung jawab seorang yang menulis sesuatu ilmu memberi tahu aliran yang dia perbahaskan والله أعلم